Lothar Matthäus
Lothar Matthäus

Lothar Matthäus

Lothar Herbert Matthäus (Sebutan bahasa Jerman: [ˈloːtaːɐ̯ maˈtɛːʊs]; (lahir 21 Mac 1961) merupakan seorang bekas pemain dan pengurus bola sepak Jerman. Selepas mengetuai pasukan Jerman Barat dalam kejayaan merangkul trofi Piala Dunia 1990, beliau dinamakan sebagai Pemain Bola Sepak Terbaik Eropah. Seterusnya pada tahun 1991, beliau muncul pemain pertama meraih anugerah Pemain Terbaik Dunia FIFA dan kekal sebagai satu-satunya pemain Jerman meraih anugerah tersebut.Beliau memegang rekod beraksi terbanyak di Piala Dunia (25 perlawanan) selepas tampil dalam kejohanan Piala Dunia 1982, 1986, 1990, 1994 dan 1998. Beliau turut sebahagian daripada skuad Jerman Barat yang merangkul trofi Euro pada tahun 1980 dan seterusnya beraksi di Kejohanan Eropah 1984, 1988 dan 2000. Pada tahun 1999 iaitu ketika Matthäus berusia 38 tahun, beliau sekali lagi diundi Pemain Bola Sepak Terbaik Jerman selepas merangkul anugerah itu pada tahun 1990.Matthäus ialah pemain memiliki kaps tertinggi buat pasukan Jerman sepanjang masa dengan melakukan 150 penampilan antarabangsa (83 untuk Jerman Barat) dalam tempoh 20 tahun. Matthäus turut sebahagian daripada FIFA 100 selepas dipilih Pelé pada tahun 2004. Bagi Diego Maradona, Matthäus adalah pesaing ketat dalam hidupnya. Ia disebut oleh beliau sendiri menerusi bukunya, Yo soy el Diego (Akulah Diego).Seorang pemain yang lincah dan pantas, Matthäus terkenal akan hantaran, merebut posisi, takle dan rembatan padunya. Ketika kemuncak kariernya, beliau memainkan peranan sebagai pemain tengah "box-to-box". Walau bagaimanapun, pada penghujung kariernya, beliau bermain sebagai sweeper.

Lothar Matthäus

2000 MetroStars
2006 Atlético Paranaense
1979–1981 Jerman Barat B
1980–2000 Jerman
2004–2006 Hungary
Tarikh lahir (1961-03-21) 21 Mac 1961 (umur 58)
2001–2002 Rapid Wien
1979–1983 Jerman B21
1979–1984 Borussia Mönchengladbach
2006–2007 Red Bull Salzburg
2002–2003 Partizan Belgrade
Nama penuh Lothar Herbert Matthäus
1992–2000 Bayern Munich
2008–2009 Maccabi Netanya
1988–1992 Internazionale
2010–2011 Bulgaria
1971–1979 1. FC Herzogenaurach
Posisi permainan Pemain tengah, Sweeper
Tempat lahir Erlangen, Jerman Barat
Tahun Pasukan
Ketinggian 1.74 m (5 ka 8+1⁄2 in)
1984–1988 Bayern Munich